Friday, November 13, 2009

Al Kautsar

khasiat Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim danbapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Thursday, November 12, 2009

On forgiveness

Why is it so difficult for us to forgive others? Why do we find it so hard to let go?

Sometimes, even years after a certain incident; sometimes, even after they have apologized; sometimes, when they have hurt you unknowingly and have no idea that you are struggling to forgive them.

Why?

Because we are usually under the misconception that we will be doing them a favor by forgiving them.

That in fact, is not the case.

When we forgive someone, we actually do ourselves huge favor because through forgiveness.

We release all the negative thoughts, emotions and energies that we are so desperately holding onto in our anger.

Replaying the moment again and again in our mind, torturing ourselves in so many ways.

It hurts us more than them, when we don't forgive.

We find it hard to forgive because we think we are n the more powerful position when we hold back forgiveness.

Actually we are the weak ones, if that's the kind of power we rely on to give us strength.

We are also not able to forgive because we take everything so personally.

Not everything another person does is done with the concious intention of hurting you.

Sometimes they are just trying to protect themselves and that's the best they know how to protect themselves.

Haven't you heard of the saying 'The Best Defence is Offense'?

We need to give allowance to others for their insecurities and their imperfections without aking things personally.

So even if you do it for the most selfish of easons, go ahead and forgive.

First, forgive yourself for holding onto the grudge for as long as you did.

Then, forgive the other person.

Finally, be proud of yourself.

mungkin kah?

Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9:30am seorang lelaki berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu-jarinya. Aku menyiapkan peralatan dan memintanya menunggu, sebab semua dokter masih sibuk, mungkin dia baru dapat dirawat setidaknya 1 jam lagi.

Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah, sebentar-sebentar melihat ke jam tangannya. Aku merasa kasihan. Jadi ketika sedang sibuk aku cuba untuk memeriksa lukanya, dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang balutan baru. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, sehingga atas persetujuan dokter, aku putuskan untuk melakukannya sendiri..

Sambil merawat lukanya, aku bertanya apakah dia punya janji lain hingga tampak terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab tidak, dia hendak ke satu tempat untuk makan tengahari bersama istrinya, seperti yang dilakukannya sehari-hari. Dia menceritakan bahwa istrinya sudah dirawat di sana sejak beberapa waktu dan istrinya mengidap penyakit Alzheimer. Lalu kutanya apakah istrinya akan marah kalau dia datang terlambat. Dia menjawab bahwa istrinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun terakhir.

Aku sangat terkejut dan berkata, 'Dan pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun istri pakcik tidak kenal lagi?? Dia tersenyum ketika tangannya menepuk tanganku sambil berkata,
'Dia memang tidak mengenali saya, tapi saya masih mengenali dia, kan?' Aku terus menahan air mata sampai pakcik itu pergi, aku kagum. Cinta kasih seperti itulah yang aku mau dalam hidupku?Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis.

Cinta sejati adalah menerima apa adanya yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi, dan yang tidak akan pernah terjadi. Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesan penting: Orang yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki.

Hidup ini bukanlah hanya menghadapi badai, tapi bagaimana tetap menari di tengah hujan?

Tuesday, November 10, 2009

Mencari Bintang Timur

PUTRI,

SAYA bukanlah seorang yang puitis yang mampu bercerita tentang bulan dan bintang dengan penuh kiasan. Saya juga bukan dari latar belakang akademik ilmu sastera yang boleh membuatkan sesiapa juga teruja men­dengar cerita saya. Tapi, kisah yang saya ingin kongsikan ini benar-benar menyentuh hati lelaki saya. Saya rasakan semua lelaki patut membacanya. Cerita ini dilontarkan ke da­lam kotak emel saya dan saya membacanya berkali-kali dengan penuh kekaguman. Be­gini kisahnya Putri….

Lebih kurang 3 minggu yang lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di Melaka. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-le­nguh. Saya tanya dia, "mengandung kut?" Dia kata tak ada. Oleh kerana dua tiga hari macam tu saja, saya bawa dia jumpa doktor dan ternyata isteri saya mengandung dua bulan.

Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Ada kalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai solat isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.

Saya fahamlah orang mengandung me­mang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan insomnia (gangguan ti­dur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan mem­baca al-Quran di atas katol di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. se­karang saya terus membaca al-Quran di sisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan.

Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa ber­cakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan pa­danya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab Kasyaful Mahjub. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya.

Ada yang bertanya bagaimana mahu me­nasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutama­nya yang mempunyai hubungan rapat de­ngan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1-Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarya adalah paling optimum ke­tika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar.
2- Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
3-Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muham­mad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemu­dian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4-Angkat ibu jari anda, kalau boleh ja­nganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perla­han agar tidak sampai mengejutkannya. Ber­itahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Na­sihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
5- Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima peryataan anda iaitu ke­lopak matanya bergerak-gerak. Insya-Allah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Ha­nafi An-Nu'man), seseorang bertanya ke­pada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit. "Tu­an, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga, begini istimewa jadinya. Jawab ba­pa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan . Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sen­diri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah di­didik sejak dari kandungan lagi.
Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sen­tiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah meme­lihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.
Saya bacakan kisah para Rasul, para Nabi, wali Bongo, tujuh wali Melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini.

Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-­galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di tengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.

Saya bertekad dalam hati, insya-Allah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Oh!Janganlah tumpah lagi. Pesan guruku air mata lelaki jangan di­tumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya. la sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insya­Allah tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

Putri, Saya membaca cerita ini berkali-kali. la benar-benar menyentuh hati saya. Saya seorang lelaki yang belum berkahwin dan bahagia dengan hidup saya sekarang ini. Di kala semakin ramai kawan-kawan Saya sudah mendapat pasangan hidup, saya masih lagi kuat berlari mengejar cita-cita dalam hidup saya. Tapi setelah membaca cerita ini, saya mula memikirkan alangkah indahnya hidup ini jika saya juga mempunyai bintang timur ini dalam hidup saya.
Tentulah saya juga akan dikurniakan de­ngan bintang timur kecil suatu hari nanti. Tak mengapalah, mungkin itu mainan pe­rasaan saya sahaja. Saya percaya masanya akan sampai juga. Saya akan tetap menung­gu. Saya akan mendapat bintang timur saya sendiri- Datanglah bintang timur ke dalam hidup saya. Saya akan cuba memberikan seperti apa yang diberikan oleh suami dalam cerita di atas kepada bintang timur nya.

– AEROELASTICITY SPECIALIST

Sunday, November 1, 2009

SUATU PERJALANAN

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
Wahai kaum wanita, aku lihat
kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..